Jan 7, 2010

Windows 7 God Mode!

Oh baru sedar yang aku lama tak update blog. Sori ye kawan2..aku kalau da xde mood nak tulis memang jam terus. Stuck..cam apa tah..Nasib baik korang kool..ok cukup nanti korang meluat lak. Tadi sedang aku duduk cek emel dapat la latest trick ntuk windows 7. Kalau korang pakai windows 7 elok sangat2 la tu. Aku pakai windows 7 cap ayam je tu pun da kira ok.vista ori aku simpan wat pekasam je. haha.

Ni kalau tak silap trick windows 7 yang tengah popular. Ye ke? aku pun x pasti tapi ni la maklumat yang aku dapat daripada kroni2 IT ku..hoho

Korang tau tak camne nak enable "GodMode" dalam windows 7? Cam main game la pulak. okeh2.. sebenarnya istilah "GodMode" ni dikeluarkan oleh development team lam Microsoft. Fungsi ni akan menyediaka satu shortcut untuk akses terus ke setting Windows tanpa korang kena pergi kat option ngan folders kat dalam control panel.

 Haha...shortcut je pun..nama punya la gempak kan da kena kutuk ngan aku!

Ok lah tanpa berlengah masa lagi ni cara korang nak apply trick ni:

  1. Buat new folder kat desktop.

  2. Rename saja folder tersebut dengan copy codename kat bwh ni:

    GodMode.{ED7BA470-8E54-465E-825C-99712043E01C}

  3. Lepas je korang rename terus icon folder korang berubah cam kat sebelah ni. Seterusnya double click untuk lihat GodMode window:


Ruang tetingkap window ini akan memaparkan hampir 50 bahagian dengan quick link ke konfigurasi masing2. Ni pun nak panggil "GodMode kan padahal benda biasa je. haha..tapi memang sesuai bagi mereka yang pemalas dan nak jimatkan dalam 5-10 saat lg pantas dari korang bukak kat control panel.

Amaran!

Ye..trick ini berkesan untuk windows 7 versi 32 dan 64-bit. Bagi windows vista 32-bit dan server 2008 32-bit juga boleh. Tapi kalau kat vista 64-bit version korang berkemungkinan akan mengalami system crash.  Jadi jangan mencuba kalau korang nya windows vista versi 64-bit ok. Nanti x pasal2 kena logon masuk safe mood dan delete folder ni. Kalau sape yang x reti pakai safe mode naya la korang.Aku tiada sangkut paut dan taknak bertanggungjawab sekiranya korang terpaksa format balik windows korang.
Segala risiko adalah dibawah ketiak masing2 k..hoho

p/s: Sejak bila blog aku ni jadi blog komputer? caca marba sungguh..lantak la..haha

4 comments:

IyouweBlog.com said...

tq....lama tunggu
nanged u! nang this to read about horse ride in busy road

hajar DK said...

pasni buat tutorial flash plak.. hahaha....

Doku said...

@IyouweBlog.com will do dat..thanks for comment

Doku said...

@hajar DK x abis2 ngan flash ko..hahaha

Post a Comment

Terasa nak komen? Silakan..