Apr 19, 2009
Home Sweet Home
Aku sampai di rumah tepat pukul 4.15 pagi tadi. Dah la terlajak turun. Akhirnya terpaksa berjalan kaki sejauh 500m baru sampai rumah. Keadaan yang gelap gelita membuatkan aku seram seketika. Membawa beg berat dan barangan yang bertimbun pun aku boleh je jalan laju-laju.(takut la tu) Tapi semua itu berakhir setibanya aku dihadapan pintu rumah. Aku memberi salam dan mengetuk pintu dan salamku dijawab oleh insan yang aku sayangi. Bonda menyambut kepulanganku. Aku tahu dia mengantuk dan aku terus mencium tangannya. Dah lama tak menatap wajah bonda. Aku berbual seketika sebelum menyuruh bonda kembali menyambung tidurnya. Ayahanda pula sedang tidur dan aku tahu dia kepenatan. Lepas sahaja mandi aku menunggu waktu subuh dengan bermain C.O.D..Saja nak tahan mengantuk. Aku tak nak kantoi subuh. hehe... Pagi...bersarapan bersama Ayahanda dan berbual tentang keadaanku. Lepas tu aku online kejap dan pengsan sampai pukul 3. Bangun mandi dan solat. Makan roti sambil conteng-conteng..ya hasilnya seperti di atas.. :)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment
Terasa nak komen? Silakan..