
Maaf..entri kali ini mungkin agak membosankan..jika mahu membaca sila teruskan.. :D
Sesekali aku terfikir perlukah ada hero kat dunia ni? Atau memang hero itu tidak perlu ada langsung. Kenapa perlu ada watak ini di diunia? Persoalan ini terus bermain kat kepala otak aku seketika. Apa definisi hero bagi korang? Aku pastikan kat kamus dewan hero ni seorang yang terkenal dan disegani keran keberanian,kemuliaan. Definisi kedua ni aku agak hairan sket pasal ditulis yang hero ni watak utama bagi sesebuah cerita atau drama. Abis tu kalau watak utama cerita tu seorang penjenayah mahupun nerd ataupun loser? Masihkah layak diberikan gelaran 'hero' itu? Bagi aku hero ni x perlu dijemput dan dipanggil. Even aku yang menyelamatkan kucing kat tepi jalan pun aku da rasa jadi hero..hehe..tapi adakah persepsi masyarakat begitu?
Tambahan pula sepanjang proses pertumbuhan badan aku dari kecik, aku da dihidangkan dengan pelbagai sumber yang menguatkan dakyah2 hero ni. Media memang pandai memanipulasikan definisi hero ni. Tak cukup dengan tv, komik pun turut menyumbang ke atas pengagungan hero ini. Banyak sangat input yang mendefinasikan hero ini seorang yang luar biasa. Perlukah kita menjadi luar biasa untuk menjadi hero? Timbul lagi persoalan di benak aku. Kalian ada jawapannya? Jom berdiskusi..hehe

Baca sampai habis...