Apr 29, 2009

Krim Yang Sejuk



Entah kenapa entry kali ni aku nak cerita pasal aikrim..memang suasana malam ni agak panas jadi aku terfikir untuk cerita pasal aiskrim lak. Memang kalau kering tekak ni la santapan aku selain daripada yogurt. Yang tu aku cerita lain kali lak ek. Aku surf kat internet tanya kat pakcik google pasal aiskrim ni dan aku terjumpa la beberapa fakta menarik tentangnya..hehe

Fakta menarik tentang aiskrim:
  • Perisa yang paling popular bagi aiskrim ialah perisa vanila
  • 13% lelaki akan menjilat mangkuk aiskrim berbanding kaum hawa yang mencatat peratusan sebanyak 8%.
  • 1 daripada 5 pemakan aiskrim ada tabiat makan aiskrim tengah malam.Lebih menarik lelaki mencatat peratusan lebih tinggi daripada wanita.
  • 5% pemakan aiskrim akan berkongsi aiskrimnya dengan haiwan peliharaan. (erk...)
  • Anda perlu menjilat sebanyak 50 kali untuk menghabiskan satu skop aikrim dalam kon..(iye ke?tak percaya leh cuba)
  • Aiskrim sundae terbesar setinggi 12 kaki..ianya dibuat pada 1985 kat California.

Ade lagi fakta2 lain tapi aku amik yang aku rase nak cakap je..
Kesimpulannya, aku nak pergi makan aiskrim dulu..Adios!


Credit to resipi aikrim

4 comments:

IxoR@ said...

Rasa nk makan aiskrim jugak la tp stok dlm peti ais sudah habisss...Sundae Strawberi Mc D sedap!

Doku said...

@Ixor@: He3..xpe. pandai wat aiskrim sendiri x? lagi besh!!hehe

orange said...

ice cream is delicious, and can give calmness in situations especially in the summer

aD said...

@Orange: Yup2x..even great when it get mixed with syrup or cookies.. :)

Post a Comment

Terasa nak komen? Silakan..