Jan 1, 2010

Gagal Bukan Untuk Selamanya

Kenapa hidup ini perlu gagal? Apakah definisi gagal dalam kamus hidup kamu? Walau apapun kegagalan kamu jangan kamu khuatir kerana di sebalik kegagalan tersembunyi kunci kejayaan kamu.

Bila kamu mahukan sesuatu kamu akan cuba mencari jalan untuk mendapatkannya. Perlu ada strategi dan masa yang kamu harus korbankan untuk mencapainya. Setelah apa yang kamu usahakan kamu mengharapkan pulangan yang setimpal dan ternyata jangkaan kamu itu meleset. Apa reaksi kamu? Di mana salahnya? Kamu bingung dan mencari punca kenapa terjadi begitu. Adakah semuanya sudah berakhir terutamanya jika impian kamu tadi melibatkan perjalanan hidup kamu. Hala tuju kamu mula kabur. Apakah ada jalan untuk kamu memperbaikinya?

Jika kamu berada dalam situasi di atas apa yang akan kamu buat? Apa yang aku jumpa kekuatan mental memainkan peranan untuk kita bangkit semula. Itulah kuasa minda. Carilah keberanian untuk mengatasi dan bangkit daripada kegagalan. Gagal bukan bererti hidup kamu sudah berakhir. Kegagalan sebenarnya akan menjadi kelebihan sekiranya kita mampu menjadikan kegagalan itu sebagai satu pengajaran.

 Semasa gagal minda kita tidak akan berfikir dengan waras. Kita kusut dan resah akan kegagalan yang menimpa diri. Untuk mengembalikan ketenangan minda kita boleh:
  • Merokok Bersukan
  • Beribadat 
  • Membaca 
  • Berjalan-jalan di taman
  • Muhasabah diri
Walau sekuat manapun keadaan fizikal kamu, kekuatan minda akan memberi kamu impak maksima dalam kamu mencari kekuatan untuk meneruskan misi kamu dalam mencapai impian masing-masing. Minda merupakan nadi kepada semangat kamu. Hidup tanpa arah tuju cumalah permainan mereka yang sesat. Aku teringat kembali kita hidup untuk mencari keredhaan-Nya.

p/s: Manusia kalau da susah baru ingat Tuhan. Tapi kalau da susah tetap x ingat Yang Maha Esa macam mana? Nauzubillahhiminzalik..

2 comments:

heatzik said...

warghhh~
Power ayat ko...

ak nak tnyer lg...
ko pkai photoshop kew wat kartun tu?
Care ko nulis buatkan aku pon nak melukis da....

Doku said...

Ho3! aku baru ok dari kekusutan yang melanda.

A,ah..photoshop jer..tapi simple photoshop je la. X pandai tang advance ag :)

owh ye ke? terharu weh! haha

Post a Comment

Terasa nak komen? Silakan..