Feb 7, 2010

Cara Buat Partition Kat Windows

Korang pernah tak buat partition kat windows? ok, chop2..tau tak korang apa itu partition? haha..aku dulu pun tak malu nak mengaku yang aku tak tahu pun apa benda partition ni. Tapi setelah fade up dan tension dengan data2 yang aku asyik simpan kat desktop dan my document baru aku rasa prihatin skit nak amik tahu bab ni. 

Ok la ni khusus untuk sesape yang nak tahu apa tu partition. Partition yang biasa korang nampak dalam computer/desktop/laptop korang biasanya :/c dan :/d. ataupun local disc (C:) dan local disc (D:). Tujuan kita untuk mencipta partition baru mungkin disebabkan korang nak selamatkan fail korang daripada hilang terus semasa korang nak format komputer korang. Biasanya apabila format komputer orang akan format local disk (C:) di mana fail windows korang di install disitu. Nasihat aku elakkan letak fail penting korang lama2 kat partition C ni kalau korang risau komputer korang jahanam disebabkan angkara virus mahupun sebagainya. Memang ada cara nak recover balik data-data tu sebelum korang nak format dan reinstall windows tapi percaya la korang da banyak buang masa kat situ. Dan kalau nasib tak baik mmg tak banyak  fail yang korang dapat selamatkan pun.(heehahah~Evil Laugh)

Nasihat penaja: Mencegah lebih baik daripada pergi berubat

Jadi kegunaan local disc (D:) adalah sebagai alternatif dan jalan selamat untuk korang tidak menghilangkan data dan fail penting korang secara sengaja mahupun tidak. Namun begitu korang tidak terhad untuk mencipta partition setakat local disc (D:) sahaja. Itu semua bergantung juga kepada saiz dan kapasiti hard disk korang. Kalau korang ada hard disk berkapasiti 500GB mahupun 1TB jadi makin banyak partition lain yang korang boleh buat.

Ni ada aku buat tutorial nak buat partition kat windows 7. Ntuk tutorial xp nanti aku update bila aku balik rumah raya cina nanti. Mintak maaf kalau kualiti video kurang memuaskan kerana aku tak pernah buat video tutorial pun sebelum ni. Okeh, cool!

video

6 comments:

hajar DK said...

owh.. kool..kool...

TeacherNunu said...

memang betull....dulu masa cikgu letak file thesis kat c...komputer lak kena virus..terussss ilang abeh...

little darkstar said...

mcm mane nk wat vc cam vc kt ats ea? klu picture leh amek by photo screen..kalo video camne plak?

Doku said...

@hajar DK
kool kan? hahaha...aku gurau je
thanks neway

Doku said...

@TeacherNunu
yup..x salah nak letak kat desktop tapi make sure da back up kat tempat lain. Jadi kesimpulannya nak save file2 penting at least kena save dua tempat. Ne taw either one rosak ke apa. possibility ttp ada. beringat sebelum kena :p

Doku said...

@little darkstar
em..darkstar, saya record video tu pakai perisian camtasia studio. mmg sng pasal ada function ntuk record screen skali

Post a Comment

Terasa nak komen? Silakan..