Apr 30, 2009
Kehilangan MacBook
Berkaitan ngan isu ini..aku terpanggil untuk membuat post dengan tujuan menyebarkan kepada kalian semua akan berita buruk ni. Salah seorang designer kat Exabytes telah kehilangan kekasih kesayangannya kerana di curi orang(kesian). Kekasih yang dimaksudkan
Hari kejadian : Selasa bersamaan 28 April 2009
Tempat : Hongkie Kopitiam @ E-Gate, Penang.
Nama: White Apple MacBook
Masa kejadian: 10.02PM
Bagaimana terjadi: Sedang dia leka bersembang dengan rakan, macbook beliau yang diletakkan di sebelah kerusi di kebas si tangan panjang. Expert betul pasal mangsa memang x sedar camne si pencuri bleh cilok teman sehati sejiwanya itu.
Maklumat lain yang dirasakan membantu: Laptop Part No. MB061ZP/A and Serial No. W8730S60YA2.
Jika ada di antara kamu yang mempunyai maklumat sila hubungi admin@exabytes.com
Exabytes telah menawarkan ganjaran RM3000 kat sesiapa yang berjaya memulangkan laptop tu dalam keadaan yang ok.(Banyak tu..)
Moral: 1. Jangan letak barang2 bernilai kamu di lantai tanpa pemerhatian.2. Jangan memberi peluang kepada pencuri buat jahat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
7 comments:
selalunya benda yg hilang mmg susah nk dpt balik
nasib jer kalu dapat blk...
klau handphone pn takkan dpt smula..ini kan plak laptop yg ilang.
wow...3k!!!...byk tuh...mesti lappy nih ada barang software bernilai dalamnya....!!!!
Aspek yg sering kita terlupa. Ingatkan selamat la letak kt sebelah kerusi tu....sy pun kekadang cam cuai je.
Hepi Labor Day !
@khairil's: yup..tapi kalo cuba x salah kan?
@Nazra: huhu..cuba fikirkan kat sudut positif..kesian kat mangsa
@Ady: A,ah..mayb database/file penting exabytes de dlm tu kot..hehe
@Ixora: Yup..message utama telah sampai..monitor your belonging's Hepi labour day 2!
xmustahil leh dapat balik... lazaac pun pernah hadapi perkara ys sama... lazaac hanya mampu berdoa dan tawakal dgn pertolongan Allah... Alhamdulillah, berkat doa, akhirnya brg lazaac dipulangkan semula oleh si pencuri..
Moral nyer, kita kena usaha dan yakin dgn pertolongan Allah, Allah itu Maha Kuasa, mampu melembutkan hati si pencuri(hamba-Nya)...
Aku rasa si pencuri tu pun bukannya dapat tenang, dah benda yang dicurinya itu exabyte wanted item. Tapi kalau aku dapat pencuri leppy tu, for sure dia taubat tidak nak curi lagi....
Post a Comment
Terasa nak komen? Silakan..