Apr 26, 2009

Prepare Your Monthly Saving



Kegawatan ekonomi sekarang banyak memberi impak terhadap semua orang. Aku pun turut terasa dengan masalah sekarang. Secara jujur aku ni boros juga jadi elok aku baca sket untuk muhasabah diri dan mengambil langkah berjaga-jaga. Setelah di aplikasi mana yang aku rasa sesuai, Alhamdulilah semester ni aku boleh menjalani kehidupan yang aku rasa agak selesa. Nak baca tips? Jemput masuk..meh sini :D

Ubah selera anda di masa lapang.
Menonton wayang,konsert dan pergi ke taman tema memang menjadikan pengaliran wang poket anda seperti air. Kenapa tidak anda mengubah selera anda itu dengan melakukan aktiti riadah dan berekreasi. Memang banyak dan bagus. Selain dari itu korang dapat meregangkan urat korang yang da bersimpul dek kerana malas bersenam. hehe..(ditujukan kepada diri sendiri). Contoh aktiviti riadah seperti mendaki,camping, berjogging, dan banyak lagi. Korang pilih jenis rekreasi yang dirasakan sesuai dengan diri ye. Kalau nak buat yang lebih mencabar silakan tapi keselamatan anda tanggungjawab sendiri.

Jadikan perpustakaan sebagai tempat lepak
Jangan salah faham, apa yang aku maksudkan bukan lepak tak tentu hala. Alang-alang da masuk gedung ilmu tu apa salahnya korang belek-belek buku kat rak tu. Cari la buku yang korang rasa nak baca. Membaca tu kan berfaedah. Pengetahuan penting untuk menjana idea. kerahkan sedikit otak kamu untuk berfikir.

Elakkan pergi mall
Khas untuk shopaholic/kaki shopping. Jangan biarkan diri anda terjerumus dengan godaan membeli belah. Utamakan keperluan dan bukan kehendak. Terlalu ikutkan nafsu bakal menjamin perbelanjaan dan hutang yang semakin bertambah. Anda mempunyai kredit kad? Sila berjaga-jaga..hehe

Bersederhana itu terbaik
Bukanlah memaksa kamu untuk menahan segala kemahuan. Jika sesekali anda berbelanja besar itu tidak mengapa. Apa yang menjadi masalah jika aktiviti itu menjadi tabiat anda. Bersederhanalah dan nikmati hidup yang ceria. Hidup kalau dibebani hutang keliling pinggang memang tak tenang.

Setkan GOL anda dan berbelanjalah dengan BIJAK!
Bila da masuk bab setting matlamat ni kamu perlu bijak. Spesifikkan gol anda dan fokus. Cuba mulakan dengan target yang mudah dicapai dahulu kemudian tingkatkan sedikit demi sedikit. Jangan gopoh dan fahami diri anda. Latihan yang berterusan menjamin simpanan korang akan selamat dan tidak mustahil bertambah di masa hadapan. Istiqamah dan jadikan diri korang hari ini lebih baik daripada semalam dan hari esok lebih baik dari hari-hari yang sebelumnya.


Credit to moneyinstructor




9 comments:

LaDy NaS said...

memang itu yang sedang diusahakan..ekekekek! excellent tips for excellent people...congrats!

Rania Escova said...

decision yg tepat.. paling best skali 'Lepak dalam Library'- Lepak yer.. Not getting sleepy and SLEEPPP..!! ZZzzzz.... Har3

Doku said...

@LadyNas: Thanks..good luck with your efforts! Cuba la tips ni lak..mana taw kot2 membantu..hehe

@Rania Escova: Kalo da ngantok ape nak cakap kan? tapi pandai2 la cover ek. Jgn kuar air liur tumpah ke meja da la ye..ha3

IxoR@ said...

Tips yang baik Doku....terima kasih !

:D

meo188 said...

tambah lagi, layan web komik. dapat baca komik free...

hahahaha

Doku said...

@meo188: orait dude!

nayzee said...

ahhh...tidak...
shopping itu bez! huhuhuh...

Nazra~ said...

berbelanja bila perlu ^_^

Doku said...

@bear & amp: aku tahu kamu suka shopping..hehe. bukan x bagi tapi orng yang kaya bukan dari harta, tapi dari pengurusan kewangannye..hehe

@Nazra: betul2..kalo x perlu lagi best simpan duit xpun sedekah kat masjid..hehe

Post a Comment

Terasa nak komen? Silakan..