Dec 13, 2009

Colour Me Corby

Hari ni aku nak cerita pasal warna..

Warna melambangkan peribadi,
warna itu juga penyeri.
Warna yang terang itu menyakinkan..
tetapi kalau terlebih terang akan menyakitkan
Pudarnya warna melambangkan kelayuan
tapi aku anggap itu keluhuran
Warna itu ada di mana-mana
dan tiada tempat tanpa warna.
Setiap orang akan ada warna kegemaran..
apa akan jadi kalau kau hidup sehari
tanpa warna?
hitam itu emas..emas itu pun warna..
Kalau hitam bercampur putih jadilah kelabu
biru itu segar dan hijau itu nyaman
kalau merah aku tak kan cakap itu saga..itu darah.
Warna seringkali menjadi simbol kehidupan.
Kalau kamu sedih, apakah warna yang sesuai? Cukup, tak perlu jawab.

Warna itu salah satu faktor aku minat lukisan..
aku x pandai mewarna tapi aku suka bagi lukisan aku kat kawan-kawan aku suruh diorang warna..
memang diorang pandai kaler. Aku cukup teruja..Kira masa kecik aku da pandai teknik outsource ni. aku tukang lukis dan diorang tukang kaler.hehe

chop2..Kini aku jatuh hati dengan warna: Festival Orange


Camne? Nampak ok tak kaler pilihan terbaru aku..Aku pun tak tahu kenapa aku berkenan dengan warna ni. Datang bulan kot..eh silap, aku lelaki..Mungkin aku nampak keceriaan dalam warna tu. Orange ni nampak macam ceria dan penuh kegirangan. Aku nak ceria. Aku suka dan terpikat ngan kaler ni. Ngeh3..

Ok lah..sebab aku jujur  dan berterus terang aku cakap la. Aku tipu.. Ni merupakan event terbaru anjuran Nuffnang. Pernah dengar Samsung Corby Carnival Day? Nak invitation ke event tu? Check sini



p/s: tiada warna tiada kehidupan
      tiada contengan tiada lah rupa bagi lakaran..
      jom tolong aku cari warna, aku nak start kaler balik setiap lukisan.
      Kalau sempat aku jadikan ole-ole kat blog ni sebagai hidangan.

2 comments:

meo doku said...

salam ziarah...

wah haxe doku.... the return of nie...

Doku said...

@meo doku: Salam kembali meo..
Sayang la nk tinggal blog ni..
Harap2 sempat la nk update in future
Yup..mesti!

Post a Comment

Terasa nak komen? Silakan..