Mar 1, 2009

Saat aku menunggu

Pagi ni aku da kena berangkat kembali ke UIA..Kejap je balik umah pasal nk hantar laptop yang akak aku pesan je sebenarnya..
Sekarang ni pun aku sempat lagi lepak kat office akak aku sebelum tunggu bas naik. kawan-kawan group da pesan keropok lekor jadi aku pergi cari la lepas ni. Kesian pada mereka ni tapi tak mengapa kerana kamu semua memang tabah. sahabatmu ini akan sampai dalam masa 8 jam lagi untuk menyertai peperangan kita dengan projek dan kerja yang ditugaskan.

Kadangkala terasa cam dihukum tapi hidup ni memang bukan senang. Kalau nak difikirkan memang aku nak meletup ngan cara lecturer treat kita semester ni. Memang agak dahsyat bagi aku melihat kita semua terpaksa menjalani kehidupan sebegini tapi sampai satu saat tu aku berfikir sejenak...bukan-bukan 2-3 jenak juga sebenarnya. Memang kita semua patut didedahkan dengan kekejaman alam pekerjaan. Mungkin lecturer tu berfikir bagus seksa kita dulu dengan niat yang murni tak mahu kita nanti sengsara di alam pekerjaan..
kat sini aku dapat simpulkan

"alah bisa tegal biasa" kot..hmmmm..

sesungguhnya aku memang tertekan sekarang..haha

0 comments:

Post a Comment

Terasa nak komen? Silakan..