Dec 30, 2009

Azam dan Cita-Cita

Azam bermaksud keinginan dan impian untuk mencapai sesuatu yang kita hajati. Tanpa azam kita tidak akan ada hala tuju. Setiap kejayaan mestilah bermula dengan cita-cita. Aku tak berapa pasti apakah beza antara azam dan cita-cita? Korang ada jawapannya? Tapi jika itu merupakan soalan peperiksaan maka aku akan tembak sahaja dengan mengatakan azam adalah serpihan cita-cita.Cita-cita lebih tinggi daripada azam dan untuk mencapai cita-cita kita harus mempunyai azam dan mencari cara dan strategi untuk merealisasikan azam kita.

Kalau korang belum lagi ada azam untuk tahun baru korang boleh je tetapkan lepas ni. belum terlambat lagi. Azam korang x perlu nak tunggu setiap hujung tahun baru nak capai. Tapi korang kena ada time frame yakni jangka masa yang korang rasa korang mampu untuk gapai azam korang tu. Macam ceramah lak..haha..Berbalik kepada tajuk asal di mana azam ni bleh menjadi sumber motivasi korang. Ye..korang bleh pecahkan cita-cita utama korang kepada beberapa bahagian kecil.

Jika korang bercita-cita menjadi seorang tenaga pengajar macam si dia, korang boleh pecahkan target dan jangka masa untuk korang capai. Mungkin azam korang dalam 3-5 bulan akan datang korang nak betul master dalam communication skill. Pastu lagi 1-2 bulan untuk built confidence level korang. Bagi aku azam perlu fleksibel dan korang perlu lah menyesuaikan azam dengan diri korang sendiri. Korang lebih faham dengan kemampuan sendiri, kalau tak faham boleh jumpa pakar kaunseling terdekat..Kalau korang masih belajar itu satu bonus. Jumpa aja cikgu kaunseling aka kaunselor untuk korang bagi mereka kerja tanpa gaji buta. hehe..Aku manfaatkan sepenuhnya bab tu..Jadi korang ada saluran yang betul kalau ada masalah. Lagipun kelebihan jumpa mereka ni banyak..nak tahu jumpa aja..serius aku rekomen ni..haha..

6 comments:

Unknown said...

azam tahun 2010 adelah untuk merealisasikan azam tahun 2009 yg telah tertunggak dari azam 2008.. amacam? best tak azam aku?

Admin said...

em..pe azam ko ni ek? ilmu flash tu pun azam ko gak ke? haha.

Faarihin said...

azam 2009 saya bawak ke tahun 2010.. hehehe.. (^__^)

Admin said...

trend brought forward azam tahun lepas semakin popular..hehe :)

Unknown said...

ilmu flash tu kire cam tambahan azam aku la... hahaha... tapi azam utama aku ialah menjadi lebih rajin... hahaahaa....

Admin said...

ko rajin la..at least lebih dari aku..hehe.. xpe2..nti da power flash leh watkan animation tuk aku. ha3

Post a Comment

Terasa nak komen? Silakan..