Dec 10, 2009

Hidup Berani Untuk Gagal Lagi

Pernah tak korang amalkan prinsip hidup berani untuk gagal? Edisi entri kali ni lebih menjurus kepada peribadi tapi aku olahkan sikit supaya korang takde la bosan nak baca. Hidup berani untuk gagal ni sepatutnya diterapkan oleh semua individu. Apa yang aku maksudkan ialah korang akan berani untuk hidup dengan mengambil risiko. Kat sini bukanlah maksudnya korang ambil risiko terus tanpa ada perancangan yang sepatutnya.

Perancangan ni tunjang kepada kejayaan mahupun kegagalan korang. Nak berjaya kena la merancang. Kena la ambil risiko tapi kenal pasti tahap kemampuan anda juga. Jadi kita pun kena berani hidup untuk gagal juga. Aku ada terbaca quote tentang perancangan dan pengurusan tapi aku dah lupa source tu dari mana.
Mereka yang gagal merancang hanya merancang untuk kegagalan.
Dalam kan maksud tu? Ya, dalam hidup korang kena la ada perancangan. Aku pun tiada perancangan, jangka panjang untuk blog ni jadi aku nak tetapkan azam 2010 ni supaya aku tak lagi tinggalkan blog conteng-conteng ni dalam keadaan terbiar lagi. Kutuk aku kan? kutuklah..aku memang salah.. :)

Sudah banyak kali aku gagal dan setiap kali kegagalan tu mengajar aku erti untuk terus berusaha. aku andaikan ilmu aku belum cukup dan perancangan aku belum 'super'. Macam mana nak jadi super? Aku definisikan mereka yang super ni adalah golongan yang mampu bertatih, berjalan dan berlari semula setelah kejatuhan mereka. Mereka boleh bangkit kembali dan mara ke depan walaupun disepak terajang sampai terguling-guling dan tersungkur. (macam scene tengah gaduh je..).

Tak kira banyak mana korang kena ludah atau dimaki korang halalkanlah mereka-mereka yang sepatutnya korang benci tu. Janganlah disimpan dendam tu kerana itu yang bakal merosakkan diri kita nanti. Aku pun masih muda (walupun da tua) dan pengalaman tu banyak mengajar aku erti tentang kehidupan. Buat apa nak simpan api yang sememangnya bakal membinasakan diri bukan? Kalau nak ikutkan sakit hati tu Allah saja yang tahu tapi kat sini la keimanan korang diuji sebenarnya.

Aku tak nak sekadar melepaskan batuk di tangga dah. Itu memang antara perkara paling teruk ada dalam diri aku dari dulu. Aku cuba buang tabiat buruk tu jauh-jauh beserta dengan entri ni sekali. Aku nak berani hidup untuk gagal! Jom kita semarakkan kan prinsip ni dalam hidup korang..

"hidup berani untuk gagal"
Satu prinsip yang menarik untuk dijadikan pedoman hidup. Tanpa kegagalan korang takkan mengenal dunia. Tanpa kesilapan tiadalah peningkatan dalam hidup kamu. Aku kira tidak semua yang sempurna..Tapi kesempurnaan itu tidak mustahil setelah korang gagal dan korang ambil strategi untuk tidak lagi gagal. Peace!

Nak buat edisi hidup berani untuk gagal? Kawan-kawan, ini contest sebenarnye.. :) Contest Hidup Berani Untuk Gagal ini dianjurkan oleh denaihati. Contest ini juga ditaja sepenuhnya oleh DSGClicks, Berani Gagal Network, One Malaysia Blogshops, Anisha Online Mall dan Saudacare. Jika ada diantara korang yang berminat dengan contest ini maka bolehlah rujuk syarat-syarat pertandingan sebelum korang menyertainya. Alang-alang da sertai tu, jangan lupa beritahu kat hujung artikel yang korang tahu pertandingan ini dari blog aku (doku).Korang baik!

p.s: Aku tahu pasal ni dari Titan. Thanks ye titan..



6 comments:

denaihati said...

tahniah menyahut cabatan Berani Gagal. Insyallah 2010 blog ni akan menjadi lebih power lagi dengan semangat berani gagal. blog ni tersenarai peserta ke 82

Admin said...

Mekacih...82? cool..heheh..trimas

meo doku said...

eh... billi lim suke nie... huhuhu :p

Admin said...

@meo doku: heheh..tu juara yang bangkit dari kegagalan. Memang minda jutawan tu..hehe

abrablog said...

huhu. nampak gaya ramai yang tak nak gagal. :)

Admin said...

hehe..yup..meriah contest ni. kalo pk2 blk mmg dalam maksud tu :)

Post a Comment

Terasa nak komen? Silakan..