Jan 14, 2010

Hidup Tanpa Masalah

Kini hidup aku tak tentu hala. Macam-macam masalah yang menimpa. Kalau nak dihimpunkan memang korang kan naik bosan dan blah je. Sebab tu aku tak suka cerita masalah aku. walau apa pun masalah yang melanda jangan korang nak menjerit melolong x tentu pasal. Dan aku tak suka melampiaskan kemarahan aku kat sesiapa jadi aku berlalu begitu sahaja dan akan cuba menyendiri dan muhasabah diri. Banyak lagi cara lain nak hilangkan tekanan korang. Ya, aku punya cara sendiri untuk hilangkan tekanan itu.

Aku bukan alim sangat ..Kalau korang da habis malas nak baca Quran, korang leh je zikir.. da habis malas pun korang dengar je orang mengaji. Cuba dekatkan diri kita kat Maha Esa dan aku pasti hati korang yang gundah gulana dek masalah yang menimpa kan terasa ringan sedikit. Setelah hatimu tenang fikirlah dengan hikmah dan InsyaAllah korang akan dapat selesaikan masalah itu. Sabarlah tatkala ujian itu menimpa kerana jika korang yakin masalah itu akan selesai pasti akan ada jalannya. Kunci utama korang kena tahu jika korang sendiri yang tidak yakin siapa lagi yang akan menaruh kepercayaan kepada kamu?

Allah itu Maha Kuasa...sekelip mata sahaja masalah kamu bakal merubah hidupmu ke arah kebaikan pada masa hadapan. Siapa tahu? Sama-sama kita berdoa..

6 comments:

Unknown said...

sume pic lukis sendiri ke ni??

Admin said...

a,ah..

Unknown said...

pidok!! memang same cam hg la pic tu.. haha..
lukis gambar aku sekali!!!!! nak jugak..
*hahaha.. xrelate topik lgsg...

tapikan, slalunye kalau aku zikir ke, bace quran ke, time tu je la aku rase tenang.. pas dah abeh, aku sambung meroyan balik.. huhu.. camane?

Admin said...

@hajar DK
owh..same ek?
aku igt da x jadi.. :p
owh..tu ke prob hg
pekata hg smbg je trus zikir
smpy hg ttdo..pahala jalan tu.. :)

PN ZUE a.k.a MRS AIZAT said...

HIDOP TANPA MASALAH...???? M.U.S.T.A.H.I.L.....!!!

Anonymous said...

entah la...

Post a Comment

Terasa nak komen? Silakan..