Apr 22, 2010

My Version of Grooming Tips

Sume orang nak bagi tips pasal menjaga penampilan a.k.a kecantikan so aku pun tak nak ketinggalan buat tips versi aku lak. Dengarkan wahai pembaca sekalian, Grooming Tips versi aku!!

Mandi... Ni perkara wajib korang kena buat. aku taw korang sume bukan kambing cume kekerapan mandi bergantung kepada tahap peluh korang. Kalau rasa badan melekit sangat mandi adalah jalan yang terbaik!

Gosok gigi. Mahu gigi berkarat ataupun bakteria berkampung kat dalam gigi korang? sila gosok gigi bila bangun pagi, lepas makan dan sebelum tidur. Gigi ni aset penting kalau korang nak senyuman menawan. Kalau ggi korang kena cabut sbb benda2 camni kat susah.Pakai gigi palsu boleh tapi yang palsu tak setanding yang ori keh!Kalau rajin nak pakai flos pun lagi bagus.

Cuci muka. Muka macam mana pun korang kena cuci sikit. Jaga keseimbangan kulit muka korang. Kalau muka berminyak sangat korang bakal dapat jerawat bertimbun. Ha3..bergantung kat hormon gak keh..Tapi cuci la muka supaya nampak berseri dan bersih sikit. ha3..

Pakai perfume/ bedak. Semua orang suka wangi. Kalau korang nak mendamping atau didampingi sila pakai wangian yng menyenangkan. Perfume ni banyak jenis. Pilih mengikut kesesuaian personaliti anda. aku tak suka bau keras sangat asalkan dapat bau yang menyegarkan da cukup. a,ah..jangan sampai bau wangi korang buat orang lain tak selesa lak. Pakai ferfume dengan berhemah k. Jangan lak pakai dua hari da abis...busuk sangat badan korang kalo kena pakai banyak macam tu..ha3


Syampu rambut. Rambut adalah mahkota..walaupun ada orang botak tapi at least orang pun pernah ade gak masa kecik dulu. Jadi tak kira rambut korang macam mana gaya sekali pun jangan sampai kutu beranak dan menjadi ladang untuk kelemumur lak k..Kebersihan dan kekemasan. Rambut panjang pun leh nampak kemas kalau korang pandai trim.

Secara asasnya tips aku ni memang korang da tau..tapi tak guna kalau tau tapi tak buat..ha3..jadi sila amalkan..

Project Alpha S2 - Episode 1


Project Alpha S2 - Episode2


Project Alpha S2 - Episode3


Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS.

0 comments:

Post a Comment

Terasa nak komen? Silakan..